Pemimpin tertinggi Al-shabaab maut dalam serangan udara tentera Somalia, AS

20/01/2021 12:06 PM

MOGADISHU, 19 Jan — Tiga pemimpin kumpulan pengganas Al-Shabaab terbunuh dalam serangan udara dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu.

Serangan udara itu dilancarkan bersama dengan pasukan tentera Somalia pada 19 Januari di sekitar daerah Jamaame dan Deb Scinnele.



“Serangan itu menyasarkan pemimpin al-Shabaab yang terlibat dalam menghasilkan bom buatan sendiri (IED), latihan tempur dan perancangan serangan,” kata Mejar Jeneral Tentera Udara AS, Dagvin Anderson.

Kementerian Penerangan Somalia dalam satu kenyataan berkata tiada orang awam yang terbunuh atau cedera dalam serangan itu.

Tambah kementerian “kerjasama ini bertujuan untuk membebaskan Somalia daripada cengkaman al-Shabaab dan menyediakan masa depan lebih baik untuk rakyat Somalia.”

Menurut laporan Action on Armed Violence (AOAV) sebuah institusi penyelidikan yang berpangkalan di United Kingdom, 73 peratus kematian orang awam di Somalia pada 2019 disebabkan IED.



Somalia: Lapan Komander Al-Shabaab terbunuh dalam serangan udara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button