SETAHUN TAK BERJUMPA SUAMI – DAYAH BAWA ANAK BERHIJRAH KE AUSTRALIA

Sebelum ini, hos dan personaliti televisyen, Dayah Bakar terpaksa berjauhan dengan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi sepanjang proses kehamilan dan juga ketika melahirkan anak sulung iaitu selama lebih setahun. Kisah tersebut telah menarik perhatian ramai.

Malah, para pengikutnya di laman sosial dan rakan selebriti lain juga tidak putus-putus memberikan kata semangat yang positif buat Dayah.

Suami Dayah yang merupakan pegawai tentera dan bertugas di Australia itu tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik Covid-19 selain faktor kerjayanya di sana. Pasangan ini dilihat kerap isi masa dengan berkomunikasi di alam maya.

Bagaimanapun baru-baru ini, Dayah dan anak pertamanya, Achbar Muhammad Fahri terbang ke Australia untuk bertemu empat mata bersama suami tercinta setelah sekian lama tidak bersua.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Journey to Baba. Syukur alhamdulillah Ibu and Achbar Muhammad Fahri survived our first flight. One step closer to see Baba as we have arrived in the land Down Under. Kuarantin sudah bermula, dan doakan semuanya baik dan lancar ya. Thank you for your concern and doa,” tulisnya awal Januari lalu.

Lalu sejurus selesai menjalani proses kuarantin selama 2 minggu, pasangan ini akhirnya bersua dan momen indah itu turut dikongsikan menerusi akaun kelab peminatnya di Instagram.

Menerusi beberapa posting yang dimuat naik, kelihatan Kapten Hanif memeluk erat isteri serta anak mereka yang kini genap lima bulan usianya.

“Alhamdulillah MashaAllah Tabarakallah. Kembali bersatu. Happy moment for them. Terima kasih semua di atas doanya. #alhamdulillah #dayahlova #dayahbakar #doa #thankyou #happy #moments.

Image_3.jpg

“Happy Faces. Alhamdulillah MashaAllah Tabarakallah. #family #love #dayahlova #dayahbakar #dbinaustralia

“Reunited. #dayahbakar #dayahlova #family #alhamdulillah #love #mashaAllah #tabarakallah,” tulisnya lagi bila dapat bertemu semula dengan suaminya setelah sekian lama.

Melihat pada bahagian komen, para peminat bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O dan Jom Singgah ini turut tumpang sama gembira. Difahamkan, Dayah dan anaknya itu akan menetap bersama Hanif di Australia selama setahun.

Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018. Terdahulu media melaporkan Dayah reda apabila proses kelahiran tidak dapat diraikan suami. Bagaimanapun dirinya bertuah kerana mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada kedua belah keluarganya dan teman rapat.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *