Terbuka Thailand: Zii Jia dan Soniia terkeluar awal


Photo Credit: BWF & Badmintonphoto

20/01/2021 02:33 AM

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Kedua-dua pemain perseorangan utama lelaki dan wanita negara, Lee Zii Jia dan Soniia Cheah, ditunjukkan jalan keluar daripada Toyota Terbuka Thailand hari ini apabila kedua-dua mereka tewas perlawanan masing-masing pada pusingan pertama, hari ini.

Zii Jia mengalami kekecewaan keduanya pada Jelajah Dunia Pusingan Asia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila pemain berasal daripada Kedah itu tewas kepada Sameer Verma dari India, manakala Soniia tewas 9-21, 14-21 kepada bekas juara Asia Sung Ji-Hyun dari Korea Selatan.

Sameer, pemain nombor 20 dunia mengambil masa 1 jam dan 15 minit untuk menewaskan Zii Jia (nombor lapan dunia) yang tewas kepada pemain Taiwan Chou Tien Chen pada peringkat separuh akhir Yonex Terbuka Thailand, minggu lepas.

Sameer pada Khamis akan bertemu Rasmus Gemke dari Denmark, pada pusingan kedua.

Zii Jia, juara Sukan SEA berusia 22 tahun itu, mengakui yang beliau kerap melakukan kesilapan mudah dari awal perlawanan, namun ia tidak menghalangnya untuk menang perlawanan pertama.

“… perlawanan kedua agak panjang. Pada perlawanan akhir kita boleh lihat Sameer mendahului sepanjang perlawanan. Saya telah cuba yang terbaik,” kata beliau seperti yang disiarkan laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF); https:/bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Bagaimanapun nasib berbeza dialami pemain negara yang lain termasuk pemain perseorangan wanita S. Kison selepas mereka berjaya ketepikan kekalahan minggu lepas dengan layak ke pusingan kedua.

Kisona juara Sukan Sea 2019, menewaskan Doha Hany dari Mesir 21-10, 21-7 dan bakal berdepan perlawanan sukar selepas dijadualkan bertemu juara dunia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 P.V. Sindhu dari India.

Pasangan beregu lelaki persendirian Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang merupakan wakil tunggal layak ke separuh akhir minggu lepas di Yonex Terbuka Thailand, juga melangkah ke pusingan seterusnya hari ini.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio itu, sedang mendahului 6-2 pada perlawanan pertama apabila lawan mereka pasangan Lee Yong Dae-Kim Gi Jung dari Korea Selatan, menarik diri akibat kecederaan.

Keputusan lain Pusingan Pertama

(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [   ] menunjukkan pilihan)

Beregu Lelaki:

[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Weeraphat Phakjarung-Wongsathorn Thongkham (THA) 21-10, 21-18

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Nipitphon Phuangphuapet-Tanupat Viriyangkura (THA) 19-21, 21-13, 21-19

Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren (THA) mn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 13-21, 21-13, 21-17

Beregu Wanita:

Vivian Hoo-Yap Cheng Wen mn Chloe Birch-Lauren Smith (ENG) 21-14, 21-14

Beregu Campuran:

[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer (GER) 21-13, 21-13

Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mn Ronan Labar-Anne Tran 21-12, 21-15 (FRA)

V Shem-Wee Kiong tewas di final Terbuka Thailand

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker