China, AS perlu jalin semula hubungan seperti sebelum era Trump

21/01/2021 06:25 PM

ANKARA, 21 Jan — China mahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyambung semula hubungan dua hala yang terjalin sebelum era pentadbiran Donald Trump, lapor Agensi Anadolu.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Presiden Joe Biden dan berharap pentadbirannya akan berjaya,” kata Kementerian Luar China.

“China dan AS perlu menjalinkan semula kerjasama dan saling hormat menghormati. Biarkan malaikat kembali memberkati hubungan dua hala kita,” kata kementerian itu, memetik China Times Global.



Hubungan dua hala China dan AS suram ketika pentadbiran Trump.

“Pentadbiran Trump, terutama (Mike) Pompeo telah banyak merosakkan jalinan hubungan dan ia perlu dipulih serta dibina semula.

“Kedua-dua kerajaan perlu memiliki keberanian untuk saling mendengar dan menghormati. Andai ada keazaman yang kuat untuk pulihkannya, kita pasti dapat lakukannya,” kata jurucakap Kementerian Luar Chin Hua Chunying.

Hala tuju AS era Biden beri kesan ke arah kemakmuran, keamanan dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker