COVID-19 – ABANG ISA KHAN POSITIF DUA KALI, PEGUAM DEDAH PUNCA KERANA ‘VAPE’

Sebelum ini, abang kepada pelakon Isa Khan iaitu pelakon Aliff Alli Khan yang kini berada di Indonesia disahkan positif Covid-19 dan dilaporkan kritikal pada awal Januari lalu di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta.

Aliff yang juga adik-beradik dengan pelakon Miller Khan ini menerima rawatan di hospital selama tiga minggu. Keadaan kesihatan pelakon Aliff Alli dimaklumkan masih belum pulih sepenuhnya.

Justeru itu, peguam Asgar Sjafri memberitahu Aliff tidak dapat menghadiri perbicaraan kes perceraiannya dengan Aska Ongi yang sepatutnya berlangsung pada Rabu lalu. Menerusi laporan DetikHot, Asgar berkata masih terdapat tanda jangkitan pada paru-paru dan organ dalaman aktor tersebut.

“Iya masih sakit… paru-parunya ada kesan kerana dia vape. Paru-paru masih belum pulih sepenuhnya selepas jangkitan Covid-19. Dia sudah dua kali positif Covid-19, positif kemudian negatif dan selepas keluar hospital positif lagi.

Ini maknanya dia masih belum boleh tamatkan kuarantin. Aliff masih di pusat perubatan… yang pasti dia akan terus melakukan kuarantin diri sehingga benar-benar pulih,” katanya.

Pada 6 Januari lalu, Aliff tidak dapat hadir di perbicaraan kes gugatan itsbat nikah dan cerainya dengan Aska Ongi yang berlangsung di Pengadilan Agama Jakarta kerana dijangkiti Covid-19. Aliff bercerai pada 11 November 2019 dengan Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *