COVID-19: Sabah rekod 401 kes baharu hari ini


Datuk Seri Masidi Manjun

22/01/2021 01:44 AM

KOTA KINABALU, 21 Jan — Sabah merekodkan sebanyak 401 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut di negeri itu ialah 45,409.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi COVID-19 di Sabah, berkata dua kematian turut dicatatkan iaitu di daerah Lahad Datu.



“Seramai 380 pesakit COVID-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,929 orang.

“Sejumlah 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 837 orang di hospital, 2,079 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dan bilangan pesakit COVID-19 dalam Unit Rawatan Rapi ialah 80 orang dengan 16 memerlukan alat bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker