JANNA NICK: “LU INGAT GUA KISAH KE LU KECAM KECAM GUA… APA LAH SANGAT”

Pelakon dan pengacara Janna Nick sejak kebelakangan ini, pasti akan ada sahaja kontroversi yang terpalit. Baru-baru ini, video dirinya didukung dan dipegang oleh kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Posting tersebut seperti sudah dijangka akan mengundang kecaman ramai yang disifatkan keterlaluan dan kurang sopan oleh netizen apatah lagi kedua mereka masih belum ada hubungan yang halal.

Janna bagaimanapun menerusi laman Instagram miliknya memuat naik fotonya yang sedang berposing santai, namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen gambar tersebut seolah berseloroh dengan pengikutnya.

Pelakon drama ‘Dia’ itu mengakui dia tidak kisah dengan segala kecaman dilemparkan terhadap dirinya. Katanya, kecaman di media sosial dia memberikan kesan kepadanya kerana banyak lagi dugaan lebih teruk berbanding dikecam.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Lu ingat gua kisah ke lu kecam kecam gua. Setakat kecam dekat sosial media ni apa lah sangat. Banyak Lagi Dugaan Lagi teruk daripada kena kecam dengan “JIN MASAUTH”. JANNA 1 : NETIZEN : 0 😜,” tulisnya.

Perkongsian Janna itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan kecaman diberikan adalah tanda sayang dalam bentuk nasihat agar pelakon itu lebih menjaga tingkah laku apatah lagi dia merupakan seorang public figure.

Tidak mudah melatah dengan komen diberikan netizen, Janna dilihat membalas komen-komen tersebut dengan tenang serta menerima dengan hati terbuka dengan nasihat diberikan.

Image_3.jpg

Leave a Reply