Jepun mahu pertingkat pakatan dengan AS


Yoshihide Suga (Pix source: https://www.scmp.com/news/china/diplomacy/article/3103110/china-japan-relations-new-prime-minister-yoshihide-suga-agrees)

21/01/2021 01:09 PM

TOKYO, 21 Jan — Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga mahu meningkatkan lagi pakatan dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Joe Biden, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Saya berasa sangat gembira Presiden Biden dan Naib Presiden (Kamala) Harris telah mengangkat sumpah. Beliau (Biden) memberikan ucapan sangat meyakinkan, menuntut perpaduan bangsa.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan presiden baharu untuk memastikan lautan India dan Pasifik bebas dan terbuka; untuk memerangi COVDI-19, perubahan iklim dan masalah lain yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa.

“Saya berharap dapat memperbaiki hubungan dengan presiden baharu dan meningkatkan lagi pakatan Jepun-AS, ” katanya kepada wartawan pada Khamis.

Suga menambah Tokyo sedang bekerjasama dengan Washington untuk mengatur dan mencari masa yang sesuai bagi mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Biden.

Biden mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke-46 pada Rabu.

— BERNAMA

Biden akan kaji semula isu Rohingya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker