KELUARGA DIGELAR ‘KARDASHIAN KELANTAN’ – ADIK NEELOFA, ATHISHA KHAN TAK AMBIL PEDULI

“Saya tak tahu, saya tak peduli sebenarnya,” ujar adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Athisha Khan yang menjawab soalan yang diajukan oleh pengikut Instagramnya mengenai keluarganya digelar ‘Kardashian Kelantan’ menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube.

Sebut sahaja nama Neelofa bukan sahaja bekas pengacara MeleTOP yang menjadi perhatian malah, ahli keluarganya yang lain juga turut dikenali ramai.

Dalam pada itu, Ameera Khan dan Athisha Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan kedua mereka sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.



Meskipun Atisha dilihat teragak-agak untuk menjawab soalan berkenaan, namun dia memberikan jawapan jujur dimana dia tidak ambil peduli dengan gelaran diberikan netizen.

Ujarnya, mungkin gelaran itu diberikan kerana jumlah ahli keluarganya yang ramai dan mungkin juga kerana pelbagai ‘drama’ yang berlaku dalam keluarga mereka.

“Sebabnya saya tak rasa sesiapa cuba menjadi seperti orang lain pun. Saya tak pasti. Kalau bukan kami pun, sesiapa sahaja boleh diberi gelaran tersebut. Tapi kali ini, kami yang kena,” katanya.



Dalam pada itu, gadis berusia 23 tahun itu berkata dia kini sedang belajar cara untuk tidak mengendahkan kata-kata sedemikian, namun dia mengakui dirinya seorang yang susah untuk menepisnya.

 

NEELOFA ANGGAP UJIAN KECIL – PUTERI SARAH MOHON DOA SEMUA PIHAK



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button