Pemimpin Kanada jadi pilihan pertama panggilan telefon Biden

21/01/2021 11:36 AM

WASHINGTON, 21 Jan — Panggilan telefon pertama Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bersama pemimpin asing dijadual pada Jumaat dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Panggilan pertama beliau dengan pemimpin asing – dijadualkan pada Jumaat dengan Perdana Menteri Trudeau. Saya menjangka mereka akan membincangkan hubungan penting AS dengan Kanada serta keputusannya mengenai saluran paip Keystone yang kami umumkan hari ini,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki dalam taklimat media.



Terdahulu, Trudeau dalam satu kenyataan berkata “kecewa” dengan keputusan Biden untuk membatalkan projek saluran paip Keystone XL. Saluran paip ini dirancang untuk menyalurkan minyak mentah 1,700 batu dari Alberta, Kanada ke Nebraska AS untuk disambungkan dengan saluran paip sedia ada.

Psaki menambah setakat ini belum ada perancangan sama ada Biden akan menghubungi Presiden Rusia Vladimir Putin. Menurutnya panggilan telefon yang akan dibuat Biden pada peringkat awal ini hanya membabitkan rakan kongsi dan sekutu AS.

Kanada, AS meterai perjanjian hantar angkasawan mengelilingi bulan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button