Ahli perniagaan ditahan disyaki edar, proses dadah


Datuk Saiful Azly Kamaruddin (Gambar fail)

22/01/2021 06:27 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Seorang ahli perniagaan ditahan kerana disyaki memproses dan mengedar dadah di Pudu, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 1.45 tengah hari.

Beliau berkata satu lagi serbuan dilakukan di rumah lelaki terbabit di Ampang, di sini pada 1 pagi semalam dan polis merampas dadah serta pelbagai barang lain.

“Antara yang dirampas lebih 3,000 milimeter (ml) cecair ganja; 1,500 gram ganja; tujuh pokok ganja; dua anak pokok ganja; cecair kimia; sebuah motosikal; sebuah kereta BMW dan wang tunai RM250.

“Suspek yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu sejak Oktober lepas memproses dadah yang dijual dengan harga RM300 sebotol, menggunakan campuran ganja dan ketamin,” katanya kepada Bernama.

Saiful Azly berkata lelaki yang juga ahli sebuah parti politik itu, direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama.

— BERNAMA

Anggota polis ditahan disyaki edar dadah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker