Amukan bapa, anak tak tahan bunyi bising audio kereta

Amukan bapa, anak tak tahan bunyi bising audio kereta

Amukan bapa, anak tak tahan bunyi bising audio kereta
Suspek bersenjatakan pisau pemotong daging mengamuk kerana berang dengan bunyi bising sistem audio kereta berhampiran rumah mereka. – Foto NSTP/Melvin Joni

SIBU: Polis menahan dua beranak selepas mengamuk dengan bersenjatakan pisau pemotong daging berikutan berang dengan bunyi bising sistem audio kereta berhampiran rumah mereka, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata kedua-dua lelaki berusia 69 dan 33 tahun dicekup susulan laporan polis yang diterima daripada seorang lelaki berusia 30 tahun kira-kira jam 2.07 petang.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek (bapa dan anak) ditahan di rumah mereka.

“Turut dirampas senjata yang digunakan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata pihaknya turut mengesan satu video mengenai kejadian berdurasi 1 minit 46 saat yang tular di Facebook.

“Berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan beberapa lelaki iaitu pelanggan kedai aksesori audio berkenaan.

“Suspek bertindak mengugut dan menghayunkan senjata iaitu pisau pemotong daging namun tiada sebarang kecederaan dialami oleh mana-mana pihak,” katanya.

Zulkipli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



Amukan bapa, anak tak tahan bunyi bising audio kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker