Ekonomi digital Xinjiang meningkat 10 peratus pada 2020

22/01/2021 02:17 PM

BEIJING, 22 Jan — Ekonomi digital di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China mencatatkan pertumbuhan 10 peratus dan merangkumi 26 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah itu pada 2020.

Menurut Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat Xinjiang, perkembangan baik itu seiring kerancakan penggabungan teknologi maklumat canggih termasuk 5G, kecerdasan buatan (AI) dan data raya dengan ekonomi sebenar.

Pengarahnya, Nijiati Simayi berkata, antara faktor lain yang menyebabkan kepesatan pertumbuhan ekonomi digital susulan pembangunan projek infrastruktur baharu.



Beliau berkata, beberapa syarikat sains dan teknologi yang terkenal membina projek dan kilang di wilayah itu pada tahun lalu manakala taman perisian Xinjiang fasa pertama mula beroperasi dan menarik 230 syarikat untuk bertapak di situ.

Katanya, teknologi 5G+perindustrian siber turut berkembang pesat di Xinjiang.

Dalam tempoh Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13 (2016-2020), kadar pertumbuhan ekonomi digital di wilayah itu merekodkan lebih 10 peratus purata setiap tahun.

Setakat ini, sebanyak 6,272 stesen 5G telah siap dibina dengan jumlah pengguna mencatat 2.75 juta orang.



Selain itu, penggunaan perindustrian siber di Xinjiang telah meliputi lebih 20 industri penting termasuk tenaga baharu, penerokaan minyak dan gas asli, tenaga elektrik serta pembuatan kelengkapan.

Pembangunan ekonomi digital merupakan prasyarat dan pendukung bagi transformasi digital sosioekonomi serta merangsang permintaan di Xinjiang.

China nafi khabar angin mengenai Xinjiang 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker