Foto makan strawberi tarik perhatian, netizen tak percaya Park Min Young kini berusia 36 tahun


Netizen puji kecantikan Park Min Young yang tidak makan usia.

DRAMA siri lakonan atau program variasi yang disertai aktres Park Min Young sentiasa menjadi trending dan mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.

Malah, apa sahaja yang dimuat naik oleh pelakon drama siri What’s Wrong With Secretary Kim? ini di laman sosialnya juga menarik perhatian ramai.

Perkongsian foto terbaharu Park Min Young sedang makan buah strawberi ketika mempromosikan program Busted siri ketiga turut menerima pujian daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji kecantikan Park Min Young yang sentiasa kelihatan menawan dan awet muda biarpun sudah berusia 36 tahun.

“Park Min Young sangat cantik! Saya tak percaya yang dia sudah berusia 36 tahun.

“Cantiknya Park Min Young. Saya sedih dia dah lama tak update YouTube,” komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker