Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Sembrong

Hebahkan !!!

22/01/2021 10:20 PM

JOHOR BAHRU, 22 Jan — Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Sembrong di Batu 5, Jalan Mersing dekat Kluang, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mencari dan menyelamat (SAR) lelaki berusia lingkungan 30-an itu pada 4.56 petang.

Difahamkan, lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam sungai tersebut semasa operasi membasmi dadah oleh polis, di sekitar kawasan berkenaan.

“Dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Jusoh Mohd Salleh bergegas ke lokasi kejadian.

“Tindakan mencari dan menyelamat mangsa dilakukan dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air, namun gagal menemukan mangsa,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Akob berkata operasi SAR tersebut terpaksa dihentikan pada 7 malam tadi, berikutan cuaca gelap dan dijangka bersambung semula pada 8.30 pagi esok.

Leave a Reply

%d bloggers like this: