Polis Sabah kesan 12 individu bantu siasatan kes jenayah komersial

22/01/2021 05:54 PM

KOTA KINABALU, 22 Jan — Polis Sabah sedang mengesan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah komersial yang berlaku di negeri ini sejak empat tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah Supt G Moses berkata individu berusia antara 29 hingga 64 tahun itu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung 10 kes penipuan dan dua jenayah pecah amanah.

“Kes-kes ini berlaku pada 2016, 2018 dan 2020 melibatkan penipuan tuntutan invois palsu, jual beli telefon bimbit, jual beli rumah, projek tidak wujud, jual beli pelitup muka, pelaburan dan jual beli tanah.



“Biasanya, jenayah komersial ini melibatkan kerugian yang tinggi antaranya tipu jual beli tanah sebanyak RM337,000 dan ada juga kerugian dialami sedikit iaitu RM400 melibatkan jual beli pelitup muka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat atau balai polis berdekatan.

“Kita perlukan bantuan mereka untuk selesaikan kes ini dan tanpa bantuan mereka sukar untuk kita selesaikan kes ini. Semua kes ini berlaku di Sabah dan ada juga orang tempatan dan luar Sabah. Jadi kita amat memerlukan bantuan orang ramai untuk berhubung dengan pegawai penyiasat,” katanya.

Dua belas Individu berkenaan Johnny Jasman, Zamri Ramli, Azlan Shah Hassan, David Yuing Shii Kiong, Adward Saatah, Dihata Mohd Desa, Eu Chai Huat, Wong Shu Shan, Wong Cheng Chun, Mohd Khalyfa Yunus, Donny Paul Ating dan Timotius Achang Ating.



Dua individu kerugian ditipu sindiket pinjaman tidak wujud, jual beli duit lama

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker