Yakult salur penajaan hampir RM400,000 kepada TFC

Hebahkan !!!

21/01/2021 07:05 PM

KUALA TERENGGANU, 21 Jan — Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd membuktikan sokongan berterusan kepada industri bola sepak negara dengan menyalurkan penajaan RM380,000 kepada pasukan Liga Super, Terengganu FC (TFC) bagi musim ini.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata prestasi cemerlang TFC dalam Liga Super musim lepas sehingga berjaya melayakkan diri ke Piala AFC tahun ini menarik minat syarikatnya untuk menjalin kerjasama strategik dengan pasukan tersebut.

Selain itu katanya, kesungguhan serta komitmen penuh TFC dalam membangunkan program akar umbi turut menjadi faktor penting sokongan pihaknya kepada skuad Penyu.

“TFC telah menunjukkan prestasi yang baik pada musim lepas…jadi inilah misi kami ke Terengganu, untuk menyumbang kepada industri bola sepak Malaysia khususnya dalam membangunkan bakat generasi muda dan akar umbi,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum antara Yakult (Malaysia) Sdn Bhd dengan TFC di sini hari ini.

Hamada mewakili Yakult (Malaysia) Sdb Bhd manakala TFC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh.

Sementara itu, Ab Rasid berkata TFC berharap penajaan tersebut akan memberi manfaat besar kepada pembangunan akar umbi bola sepak di Terengganu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: