“DIA MASIH LAGI HIDUP…” – ANAK KESAL BERITA PALSU KEMATIAN BAPANYA, JAMALI SHADAT

Nampaknya berita palsu meninggal dunia tidak berkesudahan apabila tular di media sosial hari ini mengenai ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa bintang veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, pula telah meninggal dunia.

Berita palsu itu difahamkan telah tersebar menerusi Facebook dan juga Whatsapp. Sehubungan dengan itu, anak kepada Datuk Jamali iaitu Fauzi Jamali, 48, telah tampil menafikan berita tidak benar itu dan berkata bahawa bapanya masih lagi hidup, malah berada dalam keadaan baik.

Ketika dihubungi media, Fauzi yang kesal dengan penyebaran maklumat palsu itu turut memberitahu bahawa dia dan ahli keluarganya telah menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai kesahihan cerita itu.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Itu berita palsu! Daripada Subuh saya terima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai kesahihan berita itu. Janganlah sebarkan benda yang tak betul dan mereka yang nak kongsi berita itu pun pastikan dapat daripada sumber yang benar. Dia masih lagi hidup dan kita doakan yang baik-baik untuk kesihatannya,” katanya.

Sebelum itu, beberapa pengguna laman Facebook berkongsi status mengenai pemergian pelawak era 1980-an ini. Sementara itu, Fauzi memaklumkan kondisi bapanya masih lagi dalam keadaan uzur, namun sudah ada selera makan.

“Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak minggu lalu. Keadaan masih sama tapi Alhamdulillah, ayah sudah ada sedikit selera makan, kita bagi dia makan sedikit tapi kerap,” ujarnya.

PAK JAMALI SHADAT KINI SEMAKIN UZUR, KURANG SELERA MAKAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker