“DOAKAN CIK B & KACAK JADI ANAK YANG HEBAT DUNIA AKHIRAT” – DATUK SERI VIDA

Menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida telah memuat naik gambar anak-anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dan Muhammad Eric Zaquan atau Kacak sedang mengaji Al-Quran bersama seorang ustaz.

“SALAM JUMAATT.. DOAKAN CIK B @cikb_havoc66 @kacak_._ Jadi anak yg HEBAT dunia Akhirat..,” tulis Vida.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara penyanyi lagu ‘I Am Me’ itu mendidik anak-anaknya. Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi Vida.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Untuk makluman, Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013. Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

DATUK SERI VIDA BERSYUKUR DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK, TIADA NIAT PUTUSKAN HUBUNGAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker