Empat ditahan disyaki ugut pekerja syarikat lunas hutang along 10 tahun lepas

24/01/2021 12:40 AM

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Empat individu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Petaling Jaya semalam kerana disyaki mengugut seorang pekerja syarikat swasta yang mendapatkan khidmat pinjaman Along.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berumur lingkungan 26 hingga 28 tahun ditahan hasil aduan mangsa yang sebelum ini menyangka telah berjaya melangsaikan hutangnya 10 tahun lepas.

Beliau berkata mangsa lelaki berumur 31 tahun itu sebelum ini dilapor pernah membuat pinjaman peribadi RM500 daripada sebuah syarikat swasta dipercayai berlesen pada 2012.



“Mangsa diminta membuat bayaran balik sebanyak RM1,150 sebulan selama setahun dan dikatakan meminta supaya kad ATM miliknya yang dipegang syarikat berkenaan dibatalkan kerana merasakan telah berjaya melangsaikan pinjaman berkenaan pada 2013,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata mangsa kemudian kembali membuat pinjaman peribadi pada 2016 dalam laman sosial yang disangkakan daripada sebuah syarikat koperasi.

Beliau berkata mangsa kemudian dihubungi seorang ejen pemasaran bersama rakannya yang membawa mangsa ke syarikat sama di mana dia pernah membuat pinjaman 10 tahun lepas.

“Ejen-Ejen berkenaan mengatakan bahawa mangsa masih mempunyai baki tunggakan pinjaman sebanyak RM8,000 yang perlu dilangsaikan. Mangsa kemudian diugut sekiranya gagal membuat bayaran baki berkenaan pada masa ditetapkan.



“Hasil semakan rekod lampau dibuat polis turut mendapati seorang daripada empat suspek berkenaan dikehendaki bersabit kes Along sebelum ini,” katanya.

— BERNAMA

Dua individu kerugian ditipu sindiket pinjaman tidak wujud, jual beli duit lama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker