KKM bawa hasil kajian tentang jenayah bunuh diri dalam sesi libat urus

Seorang wanita pernah cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang pada Mac lepas.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membawa hasil kajian cadangan mengeluarkan cubaan bunuh diri daripada senarai jenayah dalam sesi libat urus tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata hasil kajian oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) itu akan dibincangkan dengan wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita baru saja terima laporan hasil kajian oleh pihak AGC berkaitan dengan decriminalisation (nyahjenayah) cubaan bunuh diri kerana saya telah bawa satu MJM Memohon Pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk Tidak Menjenayahkan Kesalahan Cubaan Bunuh Diri untuk kita adakan moratorium dahulu.

“Dalam sesi ini, kita akan bincangkan hasil kajian yang diperolehi daripada AGC dan kita akan menyemak semula memorandum jemaah menteri yang disediakan untuk dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.



“Sekarang ini kita perlu dapatkan pandangan daripada PDRM dan KDN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Dana Bagi Program Kesihatan Mental kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh.

© Berita Harian 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker