NUBHAN MAKLUM ISTERI KEGUGURAN ANAK KETIGA: “TAK ADA REZEKI…”
“Tak ada rezeki anak ketiga… gugur buat kali yang kedua! Usia kandungan tujuh minggu. Tak ada rezeki baby dah keluar… jadi kena berpantang yang ringan-ringan sahaja,” tutur penyanyi Nubhan menerusi laman Instagram pada Jumaat yang berkongsi berita duka dimana isterinya, Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran menimang cahaya mata ketiga, baru-baru ini.
Menurut Nubhan, 35, isterinya itu mengalami pendarahan semasa kandungan berusia tujuh minggu dan kini sedang menjalani tempoh pemulihan. Bersama kapsyen itu, penyanyi lagu ‘Sekali Lagi’ ini turut berkongsi video momen ketika menerima perkhabaran isterinya hamil lagi.
Dia turut memuat naik video Afifah melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami pendarahan, namun kandungannya itu tidak dapat diselamatkan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, rata-rata pengikut meminta pasangan ini bersabar dengan kehilangan itu dan percaya ada hikmah atas apa yang berlaku.
“Bersabarlah ya, dia tunggu nak tarik ibu bapa ke syurga bersama. InsyaAllah ada rezeki lain untuk kalian berdua nanti. – “Sedih sangat! Samalah macam saya keguguran semasa kandungan 13 minggu. Semoga ada rezeki lebih baik menanti,” komen netizen.
Untuk makluman, Nubhan berkahwin dengan Afifah pada Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun. Pada 2016, Afifah pernah mengalami keguguran semasa kandungan berusia tujuh minggu.
NUBHAN PERTAHAN ISTERI: “ADA CAKAP MASA DEPAN AKAN MUSNAH LAH…”