Pekerja restoran makanan segera maut langgar khinzir di Tapah

24/01/2021 10:19 AM

TAPAH, 24 Jan — Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat di sini, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor khinzir di KM59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia di lokasi yang merupakan Jalan Persekutuan akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Bidor, di sini dari tempat kerja.



β€œApabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor binatang dipercayai khinzir sehingga terbabas dan cedera parah, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans yang datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat pagi ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes penipuan dalam talian di Tapah catat kerugian RM2.1 juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker