Layakkah Mas Ermieyati Terus Menjadi Pengerusi PAC

Layakkah Mas Ermieyati Terus Menjadi Pengerusi PAC

Layakkah Mas Ermieyati Terus Menjadi Pengerusi PAC

Pada bulan April yang lepas, ahli parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyatie secara sah telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Tujuan utama PAC ialah memeriksa dan memantau urusan kewangan negara.

Ianya bagi memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.

Sepanjang sejarah penubuhan PAC, terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian PAC.



Antaranya adalah pembelian helikopter Eurocpter, kehilangan enjin jet TUDM dan tol lebuhraya.

PAC akan menyiasat dan memanggil siapa yang dirasakan berkaitan dengan siasatan mereka untuk mendapatkan penerangan.

Dalam artikata lain, PAC adalah sebuah jawatankuasa yang menjadi semak imbang kepada perbelanjaan kerajaan untuk memastikan tiada ketirisan berlaku.

PAC dianggotai oleh 12 ahli parlimen dengan diketuai oleh seorang pengerusi dan dibantu oleh timbalan pengerusi.



Pengerusi PAC mestilah seorang yang dihormati dan tidak diragui kredibiliti dan integriti beliau supaya PAC yang beliau terajui dihormati.

Persoalannya, layakkah Mas Ermieyati terus diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai pengerusi PAC?

Pada bulan Jun lepas, Mas Ermieyati merupakan salah seorang ahli parlimen Perikatan Nasional yang keluar parlimen kerana memboikot lapuran Ketua Audit Negara dari dibahaskan.

Persoalan yang besar timbul di sini, apakah sebagai pengerusi PAC, Mas Ermieyati wajar bertindak sedemikian?

Bukankah peranan utama PAC adalah untuk memastikan tiada ketirisan di dalam perbelanjaan dana negara?

Mas Ermieyati juga sedang berhadapan risiko kehilangan kerusi sebagai ahli parlimen Masjid Tanah.

Mahkamah Pilihanraya akan membuat keputusan sama ada kemenangan beliau di parlimen Masjid Tanah mempunyai unsur rasuah atau pun tidak.

2 orang saksi utama, di mana salah seorang darinya adalah Setiausaha Politik beliau dilapurkan hilang tanpa dapat dikesan.

Apakah benar Mas Ermieyati tidak tahu di mana keberadaan seorang yang sebelum ini sangat rapat dengan beliau?

Jadi, layakkah Mas Ermieyati terus memegang jawatang pengerusi PAC, sedangkan integriti beliau kini dipersoalkan.

 

Layakkah Mas Ermieyati Terus Menjadi Pengerusi PAC

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker