SUMBER MODAL BISNES DIPERSOAL, GUNA DUIT SUGAR DADDY – INI RESPON SYURA

Hebahkan !!!

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Syura Badron telah berkongsi paparan mesej yang diterima daripada salah seorang pengguna Instagram yang mempersoalkan kemampuan perniagaan kosmetik yang diusahakannya.

“Nak tanyalah, betul ke Charmant tu awak punya? Takkanlah awak mampu nak buat produk sendiri? Awak bukan popular pun, job pun tak ada sangat kan? Ke ada bantuan sugar dady?” tulis individu berkenaan.

Menurut Syura, lebih mengecewakan apabila pihak berkenaan mempersoalkan sumber kewangannya yang mungkin ‘ditaja’ individu berstatus sugar daddy.

“Salam cik.. ya, saya sedar saya tak ada apa yang boleh dibanggakan, tapi Alhamdulillah saya guna duit saya sendiri untuk buat bisnes kecil saya ini. Saya tak perlu pun sugar daddy untuk saya buat bisnes, saya pakai duit simpanan saya untuk buat semua ini.

“Kalau cik DM (mesej peribadi) hanya untuk fitnah, terima kasih banyak-banyak. Jaga diri dan keluarga cik ya, bukan apa takut apa yang cik cakap berbalik dekat keluarga cik nanti. Salam,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Jelas Syura lagi, biarpun bidang seni tidak begitu menyebelahi dirinya, namun dia masih mampu mencari rezeki dengan cara yang betul. Katanya, perniagaan yang cuba diusahakannya itu menggunakan wang simpanan sendiri hasil titik peluhnya sendiri sebagai anak seni.

“Bukan niat nak mengadu, hanya sekadar luahan perasaan yang sangat sedih bila di fitnah macam ni. Rezeki saya dalam bidang seni tidak menyebelahi saya. Kabel pun tak ada tapi saya tak putus asa. Macam-macam yang saya buat.. berlakon, melawak, hosting.. semua saya buat.

“Saya sedar kedudukan saya dalam industri ini tapi sekurangnya saya berjuang untuk cari rezeki. Bukan ambil cara mudah dapat duit dengan sugar daddy tu. Charmant itu saya yang bina dengan hasil saving saya sepanjang saya cari rezeki dalam industri. Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan.

“Mendoakan lebih baik dari memfitnah macam ini. Tak apalah, kata-kata awak tak menjadi kudis pun untuk saya. Terima kasih,” coretnya yang menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) menerusi kumpulan Stamp sebelum disingkirkan di minggu keempat.

Image_3.jpg

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata rakan artis memberi sokongan kepada Syura untuk tidak patah semangat dalam menjalankan perniagaannya.

“Memang ada manusia yang tak senang duduk bila tengok kehidupan orang bahagia, biarkan dia sis,” komen penyanyi Indah Ruhaila – “Teruskan berusaha Kak Syura, abaikan negativiti,” tulis penyanyi Wani Kayrie.

“Ni kurang ajar orang ni. Jangan layan beb, reseki Allah tak pernah salah alamat, kau usaha keras aku tahu,” ujar pelakon Zarina Zainoordin.

Syura kini berstatus ibu tunggal selepas mendedahkan kepada media pada 2016 mengenai status dirinya yang sudah bercerai talak dua dengan suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin.

Bagaimanapun, Syura tidak mendedahkan secara terperinci tarikh perceraian mereka selepas berkahwin pada April 2006. Menerusi perkahwinan itu, Syura dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania, 14, Nurul Qaisara Sofea, 13, dan Mohd Irfan Aryan, 8.

Leave a Reply

%d bloggers like this: