Umno Sentiasa Beri Peluang Untuk Anak Muda

Timbalan Ketua Bahagian Kini ‘Buta Mata’ Bila Dakwa Umno Tidak Beri Peluang Anak Muda Aktif Politik Umno

tun faisal

Timbalan Ketua Umno Putrajaya menerusi satu temuramah menyatakan “Umno perlu peluang kepada pemimpin muda”. Bagaimanapun kenyataan itu seperti berat sebelah selain berbaur satu bentuk ‘doktrin’ yang sedang ditekankan terhadap kalangan Umno.

Rujukan – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/umno-perlu-beri-peluang-kepada-pemimpin-muda-tun-faisal-279285

Mungkin beliau ‘kehilangan deria mata’ apabila terlupa kedudukannya dalam politik serta jawatannya sekarang merupakan peluang yang diberikan oleh Umno kepadanya semasa masih bergelar PEMUDA UMNO satu ketika.

Umno yang sedang melakukan transformasi kearah meremajakan parti tidak boleh drastik melakukan perubahan seperti dimahukan TKB tersebut. Tun Faisal turut menggariskan secara prinsip beliau selesa jika imej  kepimpinan Umno itu baik, ada kredibiliti dan diterima maka banyak perkara akan selesai. Adalah lebih baik jika beliau memikirkan kembali kenyataan tersebut kerana realiti untuk menjadi ‘winable candidate’ bukanlah semudah berbicara mengkritik kepimpinan. Beliau sendiri GAGAL mempengaruhi rakyat ketika diberikan peluang berbuat demikian.

Peranan Anak Muda Dalam Umno

Penerangan Umno

Shahril Suffian Hamdan yang dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno pada 12 Mac 2020 merupakan antara transformasi peremajaan parti yang dilaksanakan parti. Merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, beliau juga merupakan graduan yang berpotensi untuk diketengahkan pada PRU kelak.

Dari kilang Pemuda Umno diberikan tanggungjawab serta tugasan mencabar bukanlah sesuatu yang mudah bagi anak muda ketika berdepan dengan ortodok Umno. Setakat ini Shahril masih mampu mengendalikan tugasan bagi memberi penerangan kepada segenap lapisan ahli Umno dan juga kepada mereka yang dilabelkan sebagai ortodok Umno.

Bukan Shahril sahaja yang diberikan peluang dan ruang malah ramai lagi kalangan anak muda diberikan peluang oleh Umno dalam berpolitik. Pemuda turut juga berada dalam senarai Ahli Majlis Kerja Tertinggi, jadi kenyataan Tun Faisal bolehlah diketepikan dan sekadar mahu nampak seolah beliau ‘Hero’ membawa suara anak muda dalam Umno.

Ortodoks Umno

Sebagai rujukan ‘ortodok Umno’ adalah istilah menggambarkan golongan ahli Umno yang tidak berubah pendirian dan kesetiaan kepada parti selain berpegang Institusi Umno perlu dipelihara dari sebarang serangan luar mahupun dalaman.

Tun Faisal mungkin lupa sejarah Umno sejak ditubuhkan. Bagaimana pengorbanan yang dilakukan ahli Umno terdahulu yang bekerja tanpa jawatan dalam kerajaan mahupun agensi seperti sekarang. Bermula daripada ‘tukang bancuh air’ sehingga ‘tukang pasang bendera’, pengorbanan ortodoks ini tidak mengejar kebendaan, kedudukan, jawatan mahupun kemewahan.

Mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan Umno terus relevan kepada negara. Semua ini bermula dari sikap sayangkan parti serta Institusi parti itu sendiri. Kebanyakan mereka dilatih dari kilang Pemuda dan bagi memastikan mereka tahan lasak mental sebelum diberikan tanggungjawab yang lebih besar bagi meneruskan kelangsungan parti.

Bukan seperti apa yang dilakukan Tun Faisal kebelakangan ini apabila setiap kenyataannya kelihatan telah disediakan transkrip untuk dituruti. Beliau yang seringkali cuba menekankan kepimpinan Umno kini lemah disamping wujud konspirasi tertentu (tidak dibuktikan).

Adakah kenyataan Tun Faisal ketika temubual ini sememangnya ada agenda pihak lain yang berminat untuk mengambil alih kedudukan tinghi dalam Umno? Sudah pasti akan dinafikan Tun Faisal tetapi kelakuan serta kenyataan beliau bertentangan sama sekali. Beliau sebenarnya perlu berlaku jujur kepada Umno dan Institusi Umno, janganlah jadi seperti “Pepat diluar, runcing didalam”.

Artikel sumbangan – Omar Bakri, Putrajaya.

6,000 UNDI PPBM PERLU DIBERIKAN KEPADA CALON BN – ZAHID CABAR BERSATU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker