‘Berbalah nak jadi PM kerja mengarut’

KUALA LUMPUR: Sebarang percubaan untuk cuba mengganggu pelaksanaan darurat dalam usaha kerajaan mengawal penularan COVID-19, perlu ditangani dengan ketegasan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan ganggu gugat itu perlu dicegah dan ditolak demi keselamatan rakyat.

“Perkara yang tidak patut kita lakukan pada masa ini adalah berbalah siapa nak menjadi Perdana Menteri, nak melantik siapa menjadi Perdana Menteri atau soal undi (jumlah) majoriti di Parlimen.

“Ini semua kerja mengarut, tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat. Ini mesti ditolak dan dicegah.



“Apa sahaja yang boleh mengganggu proklamasi darurat ini, mesti ditangani dengan peraturan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi webinar bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?’ anjuran Gerakan Pembela Ummah, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker