China pinda undang-undang pencegahan epidemik haiwan

23/01/2021 04:40 PM

BEIJING, Jan 23 — Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada Jumaat meluluskan draf pindaan Undang-undang Pencegahan Epidemik Haiwan.

Undang-undang baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei itu untuk memberi jaminan lebih efisien bagi menyempurnakan sistem dan memperkasakan usaha menjaga keselamatan sanitasi awam negara ini.

Berdasarkan draf pindaan undang-undang tersebut, sistem pencegahan epidemik haiwan akan disempurnakan dalam bidang penternakan, pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengangkutan.



Langkah-langkah mendiagnosis penyakit dan memberi rawatan, membersihkan dan menghapuskan serta melupuskan bangkai haiwan yang mati akibat epidemik juga disenaraikan dalam usaha pencegahan epidemik haiwan.

Di samping itu, sistem kerjasama pencegahan dan perubatan dibentuk bagi mencegah penyakit berjangkit yang membahayakan manusia dan haiwan, termasuk penyakit rabies dan selesema burung yang mempunyai kepatogenan yang tinggi.

Haiwan liar merupakan sumber penularan banyak jenis epidemik.

Dengan ini, proses kuarantin haiwan liar diperketat berdasarkan draf pindaan ini bagi mencegah penularan penyakit berjangkit antara haiwan liar, haiwan peliharaan, burung ternakan dan manusia.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker