“Malas layan, …PRU-14 pun mereka tak sokong PAS”

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor tidak mahu lagi melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parti itu juga tidak menyokong PAS, malah kebanyakan ahli parti itu menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Malas layan dah, pada PRU-14 pun dia tak sokong kita juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja.



“Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai pemimpin tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk ‘bersosial’ dengan kaum lain.

Berikutan itu, Vigneswaran mengingatkan bahawa MIC tidak akan sewenang-wenangnya menyokong Sanusi pada PRU-15.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menegaskan beliau sama sekali tidak berniat menafikan hak penganut agama Hindu menyambut Thaipusam susulan keputusan kerajaan negeri tidak mengisytiharkan perayaan itu sebagai cuti peristiwa di Kedah.



Tindakan itu mendapat perhatian dan kritikan pelbagai pihak termasuk Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai angkuh dan jahil.

© New Straits Times Press (M) Bhd

MIC umum tidak sertai Perikatan Nasional tetapi sokong kerajaan – Setiausaha Agung



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button