PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah


Dewan MAEPS

24/01/2021 10:07 PM

SHAH ALAM, 24 Jan — Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Beliau berkata secara purata, penggunaan katil di PKRC itu ialah 3,000 hingga 3,500, dan setakat ini masih terdapat kira-kira 5,000 katil yang masih belum digunakan.

“Di PKRC MAEPS, kita ada sebanyak 9,350 katil yang disediakan untuk pesakit bergejala rendah kategori 1 dan 2 dan sekarang kita sudah letakkan 60 ‘acute bed’ untuk merawat pesakit kategori 3 dan 4 (sekiranya berkeperluan)

MAEPS diaktifkan semula sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker