AHMAD DHANI AKUI PERNAH POSITIF COVID-19, SEMBUH SEBAB MINUM SUSU CAMPUR MADU

“Saya tak pernah tak mengaku. Memang saya sempat positif COVID-19,” tutur komposer dan pengasas serta vokalis kumpulan Indonesia Dewa 19, Ahmad Dhani yang baru-baru ini mengaku dirinya pernah dijangkiti COVID-19.

Dhani membuat pengakuan tersebut dalam seling seli melakukan konsert virtual dan menjawab soalan netizen yang menonton persembahannya bersama band pada malam Ahad. Malah dirinya tak pernah menafikan telah memperpanjang daftar selebriti Indonesia yang positif COVID-19 dengan antaranya telah menjangkiti mantan isterinya, Maia Estianty.

Dhani mengatakan, pada peringkat awal, beliau tidak sedar telah dijangkiti virus tersebut. Beliau menyangkakan diriny hanya kurang sihat dan badannya masuk angin.

“Saya ingat badan masuk angin. Tapi setelah melakukan ujian swab, ternyata positif COVID-19,” katanya seperti dilaporkan Inserlive. Tanpa menyebutkan jangka masa dan bila dirinya telah dijangkiti dengan COVID-19, lelaki berusia 48 tahun itu kemudian dengan santai menceritakan bagaimana dirinya sembuh dari virus tersebut.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dhani mendakwa rutin meminum susu dari jenama Bear Brand yang dicampur madu tiga kali sehari telah membuatkan beliau sembuh. Suami Mulan Jameela itu bagaimanapun tidak melanjutkan bicaranya tentang penyakit tersebut dan meneruskan kembali persembahan di konsert virtual tersebut.

“Saya sembuh dengan minum Bear Brand sama madu Asyifa, Tiga kali sehari minum. Cepat sembuh,” dakwanya.

Sekadar info, Indonesia telah mencatatkan lebih 28,000 kematian akibat COVID-19 sehingga semalam. Kes positif COVID-19 pula mencecah angka 1 juta di seluruh republik tersebut.

Leave a Reply