GARA-GARA TERTEKAN PAUTAN DIRAGUI – IG DIGODAM, RAJA AZMI KENA PERAS UGUT

“Akaun saya kena hack Jumaat lalu, saya sebelum ini memang selalu berhati-hati dan tidak sewenang-wenang tekan link (pautan) yang diragui. Tapi hari itu saya terlupa dan kemudian tertekan link tersebut.

“Lepas itu baharu saya tahu akaun saya sudah digodam dan mereka terus tukar username dan password saya. Penggodam itu kemudian minta saya bayar duit padanya untuk dapatkan balik akaun tapi memang saya tidak layanlah permintaan dia.

“Saya terus buat laporan polis semalam (Ahad) sebab kawan sarankan buat laporan agar individu yang tidak bertanggungjawab ini dapat ditangkap supaya orang lain pun tak terkena sama dengan saya,” kata pelakon dan produser Raja Azmi yang tidak menyangka akaun laman sosial Instagram miliknya menjadi sasaran penggodam baru-baru ini.

Raja Azmi atau nama penuhnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 62, memberitahu dia sebelum ini biasa mendengar kisah mengenai akaun media sosial selebriti digodam namun terkejut apabila dia turut menjadi salah seorang mangsa jenayah siber itu.

Menceritakan lebih lanjut mengenai perkara itu, Raja Azmi berkata, penggodam tersebut turut memeras ugut dirinya agar membayar sejumlah wang jika mahu akaunnya dikembalikan seperti biasa.

Raja Azmi membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada petang Ahad. Penerbit filem ‘Cinta 200 Ela’ itu berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati nombor telefon yang digunakan individu tersebut adalah dari negara Turki namun polis masih lagi menyiasat sama ada hackers tersebut berpangkalan di sini atau di luar negara.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Pihak polis sarankan saya untuk pergi buat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam usaha untuk mendapatkan kembali akses ke Instagram saya.

“Saya pun dah e-mel HQ (ibu pejabat) Instagram dan mereka suruh saya tunggu dalam tempoh masa empat hari untuk memeriksa perkara tersebut,” ujarnya.

Susulan perkara itu, Raja Azmi berkata dia sedikit fobia untuk menekan mana-mana link kerana enggan perkara sama berlaku kepadanya lagi di masa akan datang.

“Sebelum saya terkena, kawan baik saya, ikon Makyung Malaysia, Rosnan Rahman dah terkena dahulu. Dia lagi kasihan sebab hackers itu gunakan akaun dia dengan menghantar gambar-gambar lucah orang asing kepada rakan-rakannya di Instagram.

“Penggodam buat begitu sebab kawan saya ini tidak layan permintaan dia untuk bayar AS$300 (RM1,213) bagi mendapatkan akaun balik. Saya risau dia akan buat macam itu pada akaun saya juga.

“Lepas terkena, saya jadi macam fobia dah nak tekan mana-mana link. Semua saya akan rujuk kepada anak saya dahulu, takut jadi apa-apa nanti,” jelasnya yang turut berpesan agar semua pihak berhati-hati dengan scam berbentuk jenayah siber ini.

AZMI SAAT CERITA PENGORBANAN ISTERI GADAI GELANG EMAS DI AWAL PERKAHWINAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker