HUBUNGAN DENGAN SHUK – FARA SALLEH AKUI SUDAH BERAKHIR, BUAT LAPORAN POLIS

Wanita yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil membuat laporan polis, selepas bimbang dengan pelbagai ugutan diterima daripada individu tidak dikenali.

Fara, 28, kesal apabila apabila isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyebarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat rumahnya.

“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang nak ugut nak bunuh… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis. Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” ujarnya.

Fara ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu di rumahnya.

Menurut Fara, isteri Shuk itu datang ke rumahnya kira-kira jam 2 pagi dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah. Namun, dia enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam dan polis, biar pihak berkuasa periksa rumah saya.

“Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour dia boleh tengok ada atau pun tidak,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungannya dengan Shuk seperti yang didakwa, Fara mengakui segalanya sudah berakhir.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Korang boleh cakap apa pun, judge, sebab takde dengan saya, tak hidup dengan saya. Saya cuma baca dan diam je,” jelasnya.

Untuk info, Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah atau Seraa pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

AHAD LALU – FARA HEZEL SELAMAT BERGELAR IBU, TIMANG BAYI LELAKI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker