Kelab bola sepak Turki Fenerbahce tandatangani perpindahan Mesut Ozil dari Arsenal

25/01/2021 12:31 PM

ANKARA, 25 Jan — Kelab bola sepak Turki, Fenerbahce pada Ahad mengesahkan perpindahan secara percuma Mesut Ozil dari Arsenal, England, lapor Agensi Anadolu.

“Perjanjian telah dicapai dengan Kelab Arsenal untuk perpindahan pemain bola sepak profesional Mesut Ozil ke kelab kami,” kata kelab Istanbul itu dalam satu kenyataan.

Ozil, warganegara Jerman berketurunan Turki, menandatangani kontrak tiga setengah tahun dengan kelab Liga Super Turki.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu tiba di Istanbul dengan jet peribadi pada 18 Januari.

Ozil melalui tiga musim cemerlang dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid, ketika membantu Los Blancos memenangi gelaran La Liga, dan Piala Super Sepanyol.

Setelah berpindah ke Arsenal pada 2013, Ozil memenangi empat trofi Piala FA di London, dan menjaringkan 44 gol dalam 254 perlawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *