KUDA KESAYANGAN MATI – PEMINAT LUAH SIMPATI & UCAP TAKZIAH KEPADA FAIZAL TAHIR

Semua sedia maklum mengenai penyanyi Faizal tahir dimana dia berminat terhadap hobi menunggang kuda. Malah, penyanyi lagu ‘Gemuruh’ itu juga memiliki seekor kuda peliharaan peribadi.

Namun, Faizal menerusi laman Instagram miliknya berkongsi berita duka pagi tadi apabila kuda kesayangannya itu telah mati dan disahkan tidak lagi bernyawa. Menurut Faizal, dia mengetahui mengenai pemergian kudanya itu sekitar waktu subuh pada hari ini.

“Azan Subuh yang membawa berita yang tak diduga. You’re such a good girl. We will miss you. I will see you soon with your new wings. Insha’Allah. Allah knows best. Jazakallah khair kepada semua sahabat-sahabat yang membantu. Syurga untuk kalian. Amiin. Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulis Faizal.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial Faizal meluahkan rasa simpati dan mengucapkan takziah. Malah, ada yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing mengenai kehilangan haiwan kesayangan.

Terdahulu, Faizal telah membeli seekor kuda sekitar tahun lalu kerana terbit minat yang mendalam dalam sukan berkuda. Sering memuat naik video dan foto bersama haiwan kesayangannya itu, Faizal juga sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama kuda yang diberi nama Jibril itu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker