NORMAN TERHARU ANAK IKHLAS BAGI WANG BULANAN: “PAPA TAK PERNAH MINTA…”

Hebahkan !!!

Image_1.jpg

“Papa tak pernah mintak, tapi abang @danishhakimofficial cakap, dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah-tambah bila bersedekah dan bagi duit belanja pada parents.

“Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati,” demikianlah tulis pelakon Norman Hakim yang mengakui berasa sangat terharu selepas mendedahkan ada menerima wang bulanan hasil pemberian anak lelakinya, Danish Hakim.

Berkongsi kisah menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram, Norman berkata, anaknya itu tetap dengan pendiriannya untuk memberikan wang tersebut meskipun selama ini dia langsung tidak pernah memintanya.

“Sekadar berkongsi, saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada parents, tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita. We lead by example. In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Itu semua janji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44). Yang penting kena sentiasa ikhlas dan istiqomah. Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norman turut menitipkan doa buat anaknya itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bakal berlangsung pada Februari nanti.

“Mohon doakan jugak untuk exam SPM abang @danishhakimofficial In shaa Allah kalau takde aral start pada 22 Februari 2021 ni nanti,” akhirinya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata rakan artis serta netizen turut meluahkan rasa terharu selain turut memuji hubungan akrab anak beranak itu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: