Sophia Albarakbah Perjelas Hadir Ke All Stars Gegar Vaganza Bukan Sebab Aliff Aziz

 

Sophia Albarakbah Perjelas Hadir Ke All Stars Gegar Vaganza Bukan Sebab Aliff Aziz
Sophia Albarakbah Perjelas Hadir Ke All Stars Gegar Vaganza Bukan Sebab Aliff Aziz

Kecoh di media sosial mengenai pelakon jelita, Sophia Albarakbah dilihat hadir ke konsert All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung pada malam Ahad lepas. Mana taknya, salah seorang peserta GV kan adalah Aliff Aziz.

Menurut laporan Harian Metro, Sophia beri penjelasan bahawa kehadirannya pada malam itu sama sekali tiada kaitan dengan Aliff Aziz seperti yang diperkatakan.

Pelakon itu berkata yang dia sekadar ingin menemani sepupunya, Aisha Retno yang menjadi penyanyi undangan dalam salah satu slot dalam program itu.



Saya pergi sebab saya nak beri sokongan kepada Aisha. Kalau saya diberi peluang untuk pergi lagi sekali pun, saya tak kisah.

Lagipun, saya dah minta izin daripada pengurus saya.

Program ini ada ramai artis jadi saya berhak untuk pergi dan sokong sesiapa saja. Kalau saya bertembung dengan Aliff, tak ada masalah pun. Lagipun, isu saya dan Aliff sudah lama berlalu.

Sebelum ini ada yang kata lepas jer Aliff Aziz buat persembahan baru Sophia gerak keluar dari menyaksikan program itu. Biar betul? Apa pandangan korang?



Kredit: Harian Metro


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading