SUSULAN KONTROVERSI ‘CURANG’ – HOT FM GANTUNG TUGAS SHUK SEBAGAI PENYAMPAI RADIO

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” demikianlah kata pihak pengurusan stesen radio Hot FM menerusi satu kenyataan media hari ini yang mengesahkan bahawa perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio di slot Geng Pagi Hot, digantung serta merta.

Tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, susulan kontroversi terpalit berhubung dakwaan curang yang sebelum ini tular dan hangat diperkatakan selepas isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan perkara tersebut di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Malah, Shuk turut dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Untuk makluman, Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Image_3.jpg

Leave a Reply