COVID-19: Singapura catat tiga kes positif bagi strain B117

27/01/2021 12:06 AM

SINGAPURA, 26 Jan — Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini.

Menurut kementerian itu, perkara tersebut didedahkan menerusi penjujukan genom keseluruhan dan analisis filogenetik yang dikendalikan Makmal Kesihatan Awan Kebangsaan.

Menerusi data penuh yang dikeluarkan di sini, the MOH berkata siasatan epidemiologi mendedahkan bahawa Kes ke-59,340 dan ke-59,351 telah berkunjung ke Lapangan Terbang Jewel Changi pada 31 Dis 2020 antara 2.35 petang dan 9.50 malam manakala Kes ke-59,028 berada di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi pada hari sama antara 7.48 malam dan 8.49 malam.

Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH berkata ia akan memulakan satu operasi khas yang menawarkan ujian saringan kepada kakitangan yang bertugas dari 31 Dis di Lapangan Terbang Jewel Changi dan di kedai serta tempat makan yang dibuka kepada orang awam di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.

Kes ke-59,028 ialah seorang lelaki rakyat Korea berusia 24 tahun yang bekerja dengan Azur di Plaza Crowne Lapangan Terbang Changi dan telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 5 Jan lepas.

Kes ke-59,340 pula merupakan seorang rakyat tempatan yang bertugas dengan Persatuan Pengakap Singapura dan disahkan dijangkiti virus itu pada 15 Jan lepas.

Kes ke-59,351 merupakan pasangan Kes ke-59,340 dan bekerja di OCBC Tampines Centre One dan dia disahkan dijangkiti COVID-19 pada 15 Jan.

B117 dianggap sebagai strain virus COVID-19 berpotensi lebih mudah berjangkit yang kini menular di United Kingdom.

Sehingga tengah hari tadi, republik itu melaporkan 14 kes baharu, kesemuanya import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 59,366.

Leave a Reply