DEDAH MIMPI WANITA BERTUDUNG MENGAKU MADU – DATIN RED PERCAYA NALURI ISTERI TEPAT

“Benda ni saya tak pernah kongsi pun dengan anda semua… tapi hari ni saya nak kongsi semasa suami saya kahwin senyap-senyap dulu. Selepas seminggu baru dia beritahu!

“Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand… saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengaku dia madu saya.

“Ini kisah benar tau, saya tak reka pun… betullah sixth sense seorang isteri,” demikianlah cerita madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim yang mendedahkan dia didatangi mimpi aneh semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya pada tahun 2015.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Meskipun perkahwinan itu dirahsiakan suami, Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red itu memberitahu naluri dan firasatnya sebagai seorang isteri sentiasa tepat terutamanya membabitkan hal rumah tangga.

Datin Red berkongsi mengenai reaksi awalnya apabila mengetahui suami berkahwin lagi menerusi Instastory pada Isnin. Sementara itu, Datin Red berkata dia menerima takdir hidup bermadu dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Cara saya cari bahagia… korang fikir semua benda termasuklah suami hanya pinjaman di dunia ini dan apa benda yang terjadi ada hikmahnya. InsyaAllah mesti okay!” ujarnya.

Image_3.jpg

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata. Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun. Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

DATIN ALYAA BENGANG DITUDUH SCAMMER, SUAMI LARI LOMPAT PAGAR SPRM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker