Rakyat dilarang pakai jeans hadiri rumah terbuka Jokowi

Oleh – Syeikh Baran


Rakyat dilarang pakai jeans hadiri rumah terbuka Jokowi
Presiden Indonesia, Jokowi Widodo merayakan Hari Raya Aidilfitri di Jakarta. – TRIBUNTRENDS

Buat julung kalinya, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri 2024 di Istana Kepresidenan, Jakarta hari ini.

Lapor akhbar Tribunnews pagi tadi, majlis tersebut terbuka kepada orang ramai bermula daripada  pegawai pemerintah hinggalah rakyat biasa. 

Menurut Ketua Biro Protokol Sekretariat Presiden, Mohamad Yusuf Permana, rumah terbuka itu  bermula pada pukul 9 pagi (waktu tempatan). 

“Kami bercadang untuk mengadakan  rumah terbuka untuk pegawai dan orang ramai pada hari Rabu, 1 Syawal pukul 9 pagi.

“Ini namanya rumah terbuka, tentu tidak perlu jemputan. Jadi pegawai dan masyarakat boleh datang,” kata Yusuf di Istana Merdeka di Jakarta pada Isnin.

Walau bagaimanapun, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi di mana orang ramai boleh memakai pakaian kasual tetapi tidak seluar jeans.

“(Pakaian) kena kemas. Tapi tak boleh pakai jeans, ya? Pakai kasut,” kata Ketua Sekretariat Presiden, Budi Hartono. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker