TKUB Putrajaya Hilang Keyakinan Keputusan MKT Umno
Perlu Buktikan Dakwaan Jajaran Baru Umno, Anwar & Dap
Timbalan Ketua Umno Putrajaya semalam mengulangi dakwaan wujud ‘jajaran baru’ kerjasama antara Umno, Anwar dan Dap dalam facebooknya.
Beliau menaikmuat dakwaan tersebut dan mendakwa Presiden Umno dan bekas Presiden Umno yang sebenarnya mahu menggadaikan Umno namun tidak memberikan apa-apa bukti bagi menyokong penulisannya. Segalanya hanya berpandukan apa yang didedahkan ahli Parlimen Ketereh yang tidak diedarkan kepada wartawan dalam satu sidang media.
Dakwa Zahid dan Najib Ajak Ahli Umno Sokong Anwar & Dap?
Setiausaha Akhbar itu juga mendakwa Zahid dan Najib mengajak ahli Umno menyokong Anwar dan Dap. Bagaimanapun carian di laman media sosial kedua-dua figura tersebut langsung tidak ada ‘ajakan’ atau cubaan mempengaruhi ahli Umno berbuat demikian.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3895264840538437&id=100001648790666
Pendedahan Panas!
Dalam pada itu satu pendedahan di facebook amat mengejutkan. Pendedahan yang mengaitkan seorang Setiausaha kepada Menteri cuba mendapatkan ‘dana’ dari pejabat PM untuk membentuk satu pasukan pemain media sosial. Menerusi pendedahan penulis tersebut, SUA tersebut mengarahkannya menutup mulut berhubung cubaan memohon ‘dana media sosial’ bagi mempertahankan PM dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari serangan di media sosial.
Pendedahan – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3850948324971190&id=100001681818486
Menurut penulisan itu lagi, bagaimana seorang yang kononnya ‘Setia’ kepada Umno sanggup memohon dana bagi mempertahankan parti lain. Penulis itu turut mencabar SUA tersebut untuk bersumpah tidak pernah merancang perkara tersebut.
Siapa Calon Presiden Pilihan?
Kelakuan Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya yang menulis pelbagai dakwaan boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati keputusan MKT Umno dan membelakangkan Umno itu sendiri. Adakah beliau sebenarnya mahu kembali sebagai ‘cytro tersohor’ dan melepaskan jawatannya sekarang?
Mungkin beliau ada calon pilihan bagi pemilihan Umno 2021, namun serangan beliau secara terbuka di media sosial hanya akan jadi jalan penamat karier politik calon pilihannya.