BENGANG DITUDUH MAKAN DUIT i-SINAR ISTERI – SUHAIMI SAAT BERI AMARAN

“Yang ni nak tumpang glamour ke nak mintak surat saman? Aku pun ada KWSP, royalti, bisnes dan duit upah urut,” tulis Suhaimi Saat apabila didakwa menggunakan wang daripada program i-Sinar milik isterinya untuk pembikinan lagu.

Semuanya gara-gara dia bakal muncul dengan sebuah album nasyid bersama isterinya iaitu Ina Naim dan anak-anak mereka baru-baru ini.

Bengang dituduh begitu, Suhaimi menerusi laman Facebook miliknya berkongsi paparan skrin komen tersebut daripada individu yang mendakwa dia berbuat begitu.

Bukan itu sahaja, malah individu tersebut juga mengungkit kisah lamanya yang tidak membenarkan anak-anak bersekolah.

Klik untuk gambar besar

SS%2B2.jpg

Ekoran itu, ada kalangan netizen yang mengkritik individu terbabit dengan menyifatkannya memfitnah bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu.

“Fitnah itu dosa benar tau,” komen salah seorang daripada mereka.

Untuk makluman, sebelum ini Suhaimi memberitahu dia kini sedang menyiapkan sebuah album gandingan suaranya dengan Ina Naim dan anak-anak mereka.

SS%2B3.jpg

Album yang bakal diterbitkan pada awal Ramadan itu nanti mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir dan akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.

Sebagai rekod, Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13; Sallman El-Khoyri, 11; Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

Sebelum ini, Suhaimi pernah memaklumkan pada media yang dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian. Oleh itu, dia kini menetap di Kelantan bersama keluarganya juga mendapat bantuan daripada wakil komuniti Kubang Kerian.

Leave a Reply