PM ucap Selamat Menyambut Thaipusam

27/01/2021 11:48 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di negara in yang akan meraikan perayaan itu esok.

Menurutnya, Thaipusam merupakan salah satu upacara keagamaan bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia dan diraikan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

Bagi penganut agama Hindu, hari Thaipusam merupakan peluang untuk mereka menunaikan nazar mengikut kepercayaan agama mereka, katanya.

“Pada kebiasaannya upacara ini disambut di Malaysia dengan perarakan penganut agama itu ke kuil-kuil Hindu membawa pedati arca Dewa Murugan, kavadi dan juga ‘paal koodam’ yang mengandungi susu.

“Tahun ini, sambutannya terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau.

Perdana Menteri berharap semoga sambutan Thaipusam tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum dan agama serta mengekalkan keharmonian dan kemakmuran Malaysia.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua penganut agama Hindu kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan meneruskan upacara keagamaan ini mengikut norma baharu di kediaman masing-masing.

Thaipusam: Jalan di Gombak ditutup Rabu hingga awal pagi 29 Jan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker