4 TAHUN MENANTI – HETTY SARLENE SELAMAT BERSALIN BABY BOY, ‘LANDON ALEXANDER OAKES’

“Dia disini. 28/01/21 3.25 petang, bayi ajaib kami dilahirkan ke dunia ini. Beratnya 3.2 kg (kilogram). Kami ingin memperkenalkan jejaka tampan kami, Landon Alexander Oakes.

“Segala kesakitan, tidur malam tak lena, hampir 16 jam dalam bilik bersalin, dua ke tiga minit mengalami kontradiksi penuh tekanan, teran, rasa ingin muntah dan berbaloi,” demikianlah tulis penyanyi Hetty Sarlene yang berkongsi berita gembira dimana dia kini bergelar seorang ibu apabila anak sulungnya selamat dilahirkan semalam.

Hetty, 37, yang mengumumkan perkara tersebut pada hari ini menerusi laman Instagram miliknya itu selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Landon Alexander Oakes di sebuah hospital di Singapura.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kata Hetty, dia sangat bersyukur kerana kesakitannya menahan kontraksi selama lebih 16 jam berbaloi selepas kehadihan bayi sulungnya yang sudah lama dia dan suami nantikan.

Pada Julai tahun lalu, Hetty berkongsi khabar gembira dia hamil selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suami iaitu Dani atau nama sebenarnya Daniel Oakes. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2016.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Sangsi Asmara’ dan ‘Demi Cinta Kita’ itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas hampir beberapa tahun menyepikan diri setelah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada 2018.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply