Annuar Musa Perlu Beri Laluan Kepada Pemimpin Muda?

Jika ditafsirkan apa yang diperjelaskan oleh pegawai beliau sendiri, Annuar perlu berundur dan berehat di sejadah dengan umur yang sedemikian.

Terlalu lurus kenyataan tersebut meminta semua pemimpin yang dah tua supaya berundur, mungkin itulah yang dimaksudkan oleh pegawai akhbar Annuar Musa kepada kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

Beliau tidak meletakkan garis umur berhubung ‘ketuaan’ tersebut namun lumrahnya, umur Annuar Musa adalah antara yang perlu beri laluan kepada pemimpin muda di dalam UMNO seperti beliau.

Pegawai akhbar Annuar sememangnya dilantik ke jawatan tersebut di Kementerian Wilayah atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dan desas desus kencang bertiup yang beliau bakal mengambil alih kepimpinan dari Ku Nan di dalam pemilihan tahun ini.

Ku Nan yang ada kes di mahkamah dan dijatuhkan hukuman bersalah baru-baru ini dikatakan berkemungkinan tidak lagi layak mempertahankan jawatan beliau. Inilah khabar “tipu” dari UMNO Putrajaya bahawa pegawai akhbar Annuar antara calon yang bakal bertanding di jawatan ketua bahagian tersebut pada tahun ini.

Untuk makluman kedudukan Annuar juga dikatakan goyah di Ketereh Kelantan kerana calon PPBM yang bertaraf menteri kanan juga bakal mengambil kerusi parlimen tersebut.

Annuar sudah boleh berehat. Tua!

Hati-hati dalam berbicara. Tepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *