Biden gariskan pelan tingkatkan perpaduan kaum
27/01/2021 02:08 PM
WASHINGTON, 27 Jan — Presiden Joe Biden pada Selasa menggariskan langkah pertama pentadbirannya dengan usaha untuk meningkatkan perpaduan dan kesaksamaan antara kaum di Amerika Syarikat (AS), dengan mengeluarkan beberapa perintah eksekutif untuk panduan kerajaan persekutuan, lapor Agensi Anadolu.
Ketika mengumumkan penambahbaikan itu, Biden berkata AS dan kerajaannya “perlu mengubah keseluruhan pendekatan mereka terhadap isu persamaan kaum,” dan sementara pembaharuan dalam keadilan jenayah perlu dilakukan, ia masih tidak cukup untuk memperbaiki ketidakadilan kaum yang ketara di negara ini.
“Kita perlu membuka janji Amerika kepada setiap rakyatnya, dan itu bermakna kita harus meletakkan isu kesaksamaan kepada sesebuah jabatan kerajaan semata-mata. Ia harus menjadi urusan keseluruhan jabatan kerajaan,” kata Biden.
Usaha tersebut sangat diperlukan di tengah pandemik COVID-19, yang mempengaruhi warna kulit masyarakat secara tidak adil. Kira-kira 10 peratus warga kulit hitam Amerika tidak bekerja, sementara satu daripada 11 orang Latin menghadapi masalah sama.
Kekurangan makanan juga mempengaruhi orang kulit hitam dan Amerika Latin berbanding rakyat berkulit putih dengan satu daripada empat orang kulit hitam, dan satu dari lima isi rumah Latin melaporkan bahawa mereka tidak mempunyai cukup makanan, kata Biden.
Minggu lalu Biden menerusi perintah eksekutif menamatkan latihan sensitiviti kaum bekas Presiden Donald Trump dan kontraktornya dalam kerajaan persekutuan serta penubuhan panel sejarawan kontroversi yang sebelum ini dikritik sebagai sejarah palsu.
UAE mahu tingkatkan hubungan dagang, pelaburan dengan Malaysia – Duta