China, New Zealand meterai protokol penaiktarafan FTA

27/01/2021 03:40 PM

BEIJING, 27 Jan — China dan New Zealand secara rasmi menandatangani protokol mengenai penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas (FTA) pada Selasa.

Mengulas perkara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyifatkan ia secara tidak langsung memaparkan tekad teguh kedua-dua negara dalam menyokong multilateralisme dan perdagangan bebas menerusi tindakan praktikal.



Zhao menyatakan FTA China-New Zealand yang dilaksanakan sejak 12 tahun lalu telah membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Katanya, penaiktarafan FTA kali ini yang melibatkan perdagangan barangan dan perkhidmatan turut mempertingkat kualiti dan keefisienan dalam kerjasama perdagangan bebas dua hala berdasarkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Ini dipercayai akan membantu kedua-dua negara terus mencungkil potensi dan memantapkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi dan perdagangan, hingga memacu pemulihan ekonomi masing-masing di tengah penularan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata China merupakan antara rakan dagang paling penting New Zealand. Dalam konteks ekonomi global terkena impak COVID-19, pemeteraian protokol itu sememangnya signifikan.



Protokol berkenaan dimeterai Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dan Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport New Zealand, Damien O’Connor dalam satu majlis secara maya.

BFA saran perkukuh hubungan perdagangan bebas entiti ekonomi Asia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button