IOC gesa peserta Olimpik ambil suntikan vaksin COVID-19

27/01/2021 01:29 PM

LAUSANNE (Switzerland), 27 Jan — Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggesa pasukan yang bertanding dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik diberi suntikan vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut kenyataan media di laman web rasmi IOC pada Selasa, Presiden Thomas Bach mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Olimpik Nasional (NOC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandangkan persiapan menjelang penganjuran Olimpik Tokyo dan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kini di peringkat akhir.

IOC berkata satu sistem pencegahan COVID-19 sudah dibangunkan, merangkumi prosedur imigrasi, kuarantin, ujian saringan, kelengkapan perlindungan diri, pengesanan kontak dan vaksinasi.



“Vaksin adalah satu daripada perkara yang diambil kira dalam sistem itu. IOC juga menyokong keutamaan pemberian vaksin kepada kumpulan yang rentan, jururawat, doktor dan semua orang yang menjaga keselamatan masyarakat kita.

“IOC mahu pasukan Olimpik dan Paralimpik diberi vaksin, memandangkan mereka menjadi duta NOC untuk mempromosikan sukan yang selamat sebagai menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan individu dan komuniti,” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker