PU ABU AKUI TAK LARAT MAKAN KATA-KATA HINAAN ORANG LAGI

Menerusi muat naik di Insta Story, pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah meluahkan perasaan hatinya dimana dia mengakui sudah tidak mampu untuk menghadapi kata-kata negatif yang dilemparkan orang sekeliling kepadanya selama ini.

“Aku tak larat untuk makan kata-kata hinaan orang lagi,” tulisnya mengenai nasib diri yang sering menjadi cercaan masyarakat.

Pada masa sama, PU Abu turut memberikan gambaran bahawa dia kini sedang menanggung kesedihan: “Cian (panggilan manja Abu) sedih ayah,” katanya.

Kata-kata tersebut diluahkan Abu menerusi kiriman WhatsApp kepada bapanya. Melihat pada paparan tangkap layar mesej, bapa PU Abu turut menasihatnya untuk tidak terus bersedih dengan perkara yang sudah berlaku.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kata PU Abu lagi, ketika ini dia amat rindukan momen bersama arwah ibunya, Habibah Abdul Rasit yaang sentiasa berada di sisinya ketika dia sedang bersedih.

“Umi, Cian terlalu rindukan Umi. Dulu masa Umi ada, Cian down, Umilah yang jadi pembakar semangat Cian. Masa Umi ada dulu Cian sedih Umi yang tenangkan. Masa Cian berduka Umi gembirakan Cian. Cian perlukan Umi, Cian nak Umi ada disamping Cian sekarang,” coretnya.

Baru-baru ini, nama PU Abu mula menjadi sebutan selepas netizen cuba mengaitkan dirinya dengan kisah kontroversi kecurangan pelawak, pengacara dan penyampai radio iaitu Shuk Sahar.

Bahkan, PU Abu turut menzahirkan rasa hairan apabila kisah kontroversi perceraiannya mula diungit sehingga menjadi mangsa kecaman.

Image_3.jpg

PU Abu Dikecam Kerana Terjebak Dengan TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker